Archive for the ‘Reviu’ Category

Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah..akhirnya habis juga baca buku setebal 227 muka surat ni. Aku Terima Nikahnya adalah buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal atau nama glamernya Abu Saif yang mengisahkan tentang hal-hal rumah tangga sebagai suami isteri dan ibu ayah.

Si dia bagi buku ni kat Adi minggu lepas. Lebih kurang seminggu baru Adi dapat habiskan. Tak boleh lawan si dia yang boleh habiskan dalam 8 jam hehe. Si dia memang kuat membaca, Adi pulak baca sikit-sikit tapi suka fikir lepas habis baca beberapa perenggan. Memang tak boring baca buku ni. Abu Saif mengolah penerangan dalam bentuk cerita kehidupan, kehidupan dirinya dari seorang bujang hinggalah bergelar bapa. Macam mana dia boleh berkahwin dengan isterinya tanpa mengenali rupa parasnya membuatkan Adi rasa kagum. Cinta selepas kahwin, itulah dia. Tak mustahil untuk mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Tapi sangat sukar dilakukan masyarakat kini, tanpa pegangan agama yang kuat.

Satu ungkapan yang paling Adi suka dalam Aku Terima Nikahnya ni adalah ‘Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’. Sangat setuju, itulah yang kami amalkan waktu si dia belajar kat Queensland University of Technology, Australia. Berjumpa jarang sekali. Selalunya kami berjumpa kat rumahnya, bual-bual dengan mak ayahnya, adiknya, kadang-kadang kucingnya yang bernama Chindai. Adi tenang begitu. Rasa diredhai keluarganya.

Sejak Adi balik kampung sebulan lepas, Adi buat solat istiqarah berkenaan pemilihan sesuatu untuk masa depan. Lama Adi tunggu petunjuk tapi tak datang2. Bila si dia bagi Adi buku ni, Adi rasa inilah petunjukNya. Adi rasa Adi dah buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Adi bersama si dia nanti. Olahan santai Abu Saif dalam Aku Terima Nikahnya banyak berikan tunjuk ajar dan pengajaran. Alhamdulillah.

Elok sangatlah remaja baca buku ni. Buku ni mengajar kita perkahwinan itu bukan sekadar menghalalkan apa yang haram ketika ini. Ia lebih kepada tanggungjawab, persediaan menjadi suami isteri atau ibu ayah, dan lebih penting kehidupan kita seterusnya. Adi tak klasifikasikan Aku Terima Nikahnya sebagai sebuah buku agama. Ia lebih kepada buku motivasi Islamik. Kalau cakap buku agama, rasanya ramai yang tak nak baca. Takut nak baca sebab dia tau kesalahan yang dia buat. Jadi dia tak nak terima kebenaran atas kesalahan yang dia telah lakukan. Umat Islam kini memang begitu…

Badminton + Ghost

Semalam Adi tak turun training sebab bahu ni rasa sakit sangat sebab salah teknik pukul masa main dua hari lepas. Dah lama tak main kat court terbuka, timing untuk pukul shuttle tu lari sikit. Nak angkat tangan pun rasa tak berapa gagah. Tapi hari ni dah rasa ok sikit. Harap² takde masalah nak lawan geng Kadok Jumaat nanti. Lepas tu kemungkinan ada lagi friendly dengan geng² dari Rantau Panjang. Sebenarnya Adi dah muak lawan antara kampung. Adi nak melangkah setapak ke depan lagi. Nak cari peluang² untuk bertanding dengan orang yang lebih hebat, bukan dengan orang kampung yang hanya main² waktu bermain. Bila nak berkembang kalau terus macam tu? Kalau kat UTHM, banyak peluang boleh Adi uji kekuatan. Kat sini…?? Ada tapi tak pandai cari huhu.

Semalam Adi rehat daripada kerja² lazim Adi dengan Internet ni. Layan badminton kat Youtube dengan Metacafe. Terjumpa tutorial main badminton dengan betul dari Korea. Memang sangat² membantu dalam peningkatan prestasi Adi. Tapi sayang tak boleh nak download. Dah cuba cara yang biasa buat dulu guna VideoDownloader tapi tak boleh dah sekarang ni huhu. Sape ada cara lain nak download streaming video?

Ghost 8TV

Pernah tengok cerita ni kat 8TV? Dah habis dah cerita tu. Tapi korang boleh tengok kat website 8TV secara streaming. Baru je habis Adi layan semalam sampai ke Subuh. Memang best sangat², lain daripada cerita² Melayu atau Malaysia yang pernah kita tonton selama ni. Ini bukan cerita hantu walaupun tajuknya adalah Ghost. Tertipu jugak Adi pada mulanya. Kalau nak tau pasal cerita ni, kenalah tengok sendiri hehe. Mana syok kalau Adi dah cerita. Cerita ni selalu buatkan kita tertanya². Pengarah atau penulis skrip Ghost ni pandai memutar-belitkan otak kita. Cerita macam tu yang Adi nak untuk drama ataupun filem buatan Malaysia.

Kualiti Ghost ni sangatlah bagus sampai Adi tak tau macam mana nak cakap lagi dah. Inilah drama Malaysia pertama yang Adi bagi bintang penuh, KAMI jatuh pada tempat kedua eheh. Kalau korang letak 10 tahap bintang, sepuluh² bintang Adi kasi, hambek kau haha. Patut layan cerita ni bagi korang yang tak terasa nak tengok pada mulanya sebab dihasilkan oleh rakyat tempatan. Nampaknya cerita² Malaysia akan beralih gaya tak lama lagi.

Forbidden Kingdom dan Iron Man

Rasanya sem ni paling banyak Adi melawat panggung wayang Summit BP. Sebelum balik kampung, dua movie superb best ni Adi tak nak ketinggalan untuk menontonnya di skrin besar. Dah balik kampung nanti tak dapat dah pergi panggung huhu. Entri ni panjang gile. Harap korang dapat luangkan masa untuk membaca sambil menghayati :D

Forbidden KingdomOkeh. Mula² movie Forbidden Kingdom yang Adi layan pada hari Jumaat lepas. Asalnya nak tengok Iron Man tapi dah penuh. Takpe kata Naim, layan Forbidden Kingdom pun orait jugak. Ini adalah filem pertama yang menggandingkan dua pelakon hebat bagi aksi kungfu; Jackie Chan dan Jet Li yang masing² pegang watak sebagai Lu Yan dan Monkey King. Tapi watak paling utama dalam cerita ni bukannya diorang berdua, tapi sorang budak lelaki bernama Jason (Michael Angarano) yang minat sangat dengan kungfu sampaikan dia boleh hafal setiap nama tumbukan atau jurus kungfu hasil daripada tengok DVD² kungfu.

Aksi² dalam cerita ni memang best ah terutamanya part Jackie Chan lawan Jet Li sebelum diorang kenal. Pertarungan antara kungfu melawan Wushu memang buat korang tak nak kelip mata walau sekali, best ah ding dong.

Read the rest of this entry »

L Change the WorLd

L Change the WorLd

WorLd? Eheh, memang camtu ejaannya untuk filem ketiga Death Note ni. Tapi cerita kali ni hanya berkisahkan tentang L yang ingin menyelamatkan dunia dalam masa 23 hari. Kenapa 23 hari? Tengok trailer dia dulu hehe.

Read the rest of this entry »

KAMI The Movie

KAMI

Ramai jugak yang tertunggu² sambungan cerita KAMI ni yang tergantung pada episod 8 dulu. Ada jugak yang bengang ending dia macam tu je tanpa memikirkan yang KAMI mungkin ada sambungan. Adi pun tertunggu², bila la nak keluar KAMI siri 2 ni.

Tunggu punya tunggu, bukan KAMI siri 2 yang akan keluar. Rupanya KAMI dah maju setapak ke layar perak. Cayalah. Adi dapat maklumat ni daripada blog Liyana Jasmay (Lynn) sendiri. Menurut Liyana, penggambaran untuk filem KAMI dah selesai sejak Disember lepas lagi. Tapi yang tak puas hatinya, bulan Ogos 2008 nanti baru nak ditayangkan kepada umum. Kenapa lambat sangat? Ramai peminat KAMI dah sangap menantikan sambungannya. Apa² pun kenalah bersabar.

Menurut Liyana lagi, dalam KAMI The Movie nanti akan merungkai semua persoalan dalam drama KAMI sebelum ni. Ada lima tanda tanya yang paling Adi nak tau yang selalu buatkan kepala Adi berfikir.

  1. Kenapa hubungan Ali dengan mamanya renggang? Macam ada yang tak kena antara dua watak tu.
  2. Kenapa Zul a.k.a Vanilla Ice dibunuh?
  3. Apa punca hubungan dingin antara mak Adii dengan mak Ali?
  4. Ni yang Adi rasa best. Macam mana nanti Adii dapat tau yang Vanilla Ice sebenarnya adalah abang kepada Abu?
  5. Dapat tak Abu ambik SPM lepas dia kena belasah 3 orang samseng tu?

Harap²nya tiga persoalan kat atas ni terjawab dalam KAMI The Movie nanti. Tak sabar nak tengok ;)