Archive for the ‘Pengumuman’ Category

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Esok raya :) Macam mana persiapan? Harapnya semua dah setel. Rumah aku tukar kipas baru. Bukan sebab nak raya, sebab rosak kena petir baru² ni eheh. Ma aku beli rak buku baru. Bukan sebab nak raya jugak, sebab nak simpan komik² adik aku yang bertimbun macam Gunung Jerai.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat kau di sana. Mungkin sepanjang aku blogging ada terkasar bahasa atau buruk cakap yang mengguris hati sanubari kau di sana, maaf zahir dan batin dipinta. Apa yang aku melalut di sini tidaklah menggambarkan siapa diri aku yang sebenarnya di dunia nyata. Kadang² blogging perlukan provokasi, itu kau harus paham. Namun sensitiviti masyarakat perlu juga dijaga.

Akhir kalam, ingat daku dalam rendang ketupatmu. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Peluang Menjadi Blogger di Humairah.net

Dulu pernah aku bagitau yang aku bangunkan satu lagi blog dengan gaya majalah iaitu Humairah.net. Blog tersebut sudah pun sebulan lebih siap. Cuma sekarang aku tidak cukup masa untuk update blog tersebut. Si dia pula tiada sambungan Internet di Rembau. Jadi kami buka peluang kepada sesiapa yang berminat menjadi blogger separuh masa secara ikhlas.

Pengenalan Humairah.net

Buat pengetahuan, Humairah.net adalah blog yang menyiarkan artikel² pemantapan diri, motivasi serta artikel Islamik. Buat masa ini semua artikel dicilok dari email forward dan Internet. Bukan 100% asli daripada kami. Tapi kami berharap sangat ianya akan menjadi 100% tulen hak kami. At least 80% pun sudah memadai. Hanya menunggu masa untuk jadikannya kenyataan insyaAllah.

Blogging untuk Beramal

Ini bukanlah peluang untuk menjana pendapatan. Kami tawarkan peluang untuk anda cuba² menjadi blogger, untuk membiasakan diri dengan blogging. Maka dengan itu tiada gaji yang diberikan eheh. Kami tidak mampu. Tapi aku ada idea yang boleh beri imbuhan kepada mereka yang berminat. Itupun setelah mencapai persetujuan semua kakitangan dan reputasi Humairah.net semakin meningkat.

Read the rest of this entry »

Pengiktirafan Ijazah daripada JPA

Setelah bergelar graduan selama 9 hari, dan setelah bergelar kakitangan swasta hampir sebulan barulah terfikir adakah sijil ijazah yang aku genggam seminggu ini diiktiraf JPA. Terdetik dalam fikiran bila baca blog Zaihan tadi. Thanks to Zaihan, member sejak menjadi penunggu Blok D (KK Tun Syed Nasir) dulu haha.

Masuk www.jpa.gov.my untuk check pengiktirafan ijazah sekiranya kau ragu² dengan status ijazah yang dipegang. Tapi, senang cerita ijazah bagi semua IPTA memang diiktiraf. Kecuali kalau kau diminta untuk pamerkan surat pengiktirafan ni, bolehlah print dan bagi kat bos semasa diinterview.

ps: Hari tu kata malas nak update, tapi makin rancak pulak post entry baru hahaha :)

tags:

2 Comments