Archive for the ‘Pelik’ Category

Kubah Masjid Terapung

Aku terdengar bunyi seakan² orang berzikir menyebut Lailahaillallah dalam komputer Ustaz Jan. Bila aku jenguk, dia tengah tengok Youtube rupanya; satu rakaman video berkenaan dengan kubah masjid yang berat diangkat ke atas menara masjid tanpa menggunakan sebarang alat jentera.

Dikatakan peristiwa ajaib itu berlaku pada tahun 2003 di Kampung Kailolo yang terletak di Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indonesia. Adakah kau percaya ianya menunjukkan kekuasaan Allah swt?

Menurut cerita, sekumpulan kiyai berzikir dengan harapan untuk mengangkat kubah tersebut kerana tiada jentera. Adakah kau percaya?

Pendapat aku dan juga Ustaz Zul, Allah swt tidak akan menunjukkan kekuasaannya dengan cara yang sekecil itu. Mungkin ada sekumpulan manusia menggunakan khidmat jin, tidak mustahil seperti yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman a.s.

Adakah kau percaya?