Archive for the ‘Muhasabah’ Category

Sepanyol Juara Euro 2008

Sepanyol Juara Euro 2008Tamat dah Euro 2008 dengan kemenangan 1-0 oleh pasukan Sepanyol menentang Jerman. Tau daripada berita je haha. Tak tengok pun awal pagi semalam. Baik tido. Cuma minat tengok highlight je. Apa² pun, pasukan Jerman pilihan Adi kalah kali ni.

Lepas ni takde dah iklan Power Root Farah dengan Rosyam Nor. Sikit komenlah pasal iklan versi panjang Power Root sempena Euro 2008 tu. Si Farah tu terkejut bila abang Rosyam kita tertido tak tengok Euro.

“Tak tengok, tido,” katanya Rosyam malu.

“(Terkejut) Ya Allah! Tido? Takpe². Malam ni mesti tengok Euro 2008 di TV3 dan NTV7,” Farah terkujat lalu memesan tegas kepada Rosyam untuk menyaksikan Euro 2008 seawal 2 pagi.

Haha. Camtu sekali reaksi dia bila tak tengok Euro, tertido. Sampai keluar ‘Ya Allah’. Kalau maksiat depan mata tak tersebut pulak ‘Ya Allah’. Kalau kemungkaran depan mata tak tersebut pulak ‘Ya Allah’. Nampaknya Euro tu lagi ‘berdosa’ kalau tak tengok daripada segala kemaksiatan yang berlaku di Malaysia ni. Takyah tengok jauh², Malaysia sudah.

Lagi satu, nak bangun pukul 2 pagi tengok bola bukan main senang. Nak bangun 3 pagi untuk menghadap Allah swt bukan liat kemain. Hai, orang Barat sikit² cuba kikis keimanan kita.

Selamat Hari Bapa Wahai Abah

selamat hari bapa4 hari terlewat untuk sampaikan ucapan Selamat Hari Bapa kepada abah Adi. Bukan sengaja lupa, tapi tak kesampaian…sebab abah telah pulang ke rahmatullah pada 1 November 2004. Pulangnya arwah abah ke ‘sana’ pada pertengahan bulan Ramadhan dulu tidak diiringi dengan air mata anak sulungnya ini. Mungkin ada orang yang mengata anaknya ini tidak rasa sedih, tidak rasa kehilangan, tapi hanya Allah yang tahu apa yang Adi rasakan pada waktu itu.


Tin susu F&N Teringat masa kecik-kecik dulu Adi kena marah dengan abah. Seingat Adi masa tu baru Tingkatan 1. Biasalah budak tak matang, selalu ikutkan perasaan. Adi rasa marah sangat dengan abah masa tu. Benci abah. Tak tegur pun berjam-jam. Tapi Adi sedar perasaan tu tak boleh kekal dalam hati Adi selagi Adi bergelar anaknya.

Adi ke dapur nak buat air milo sendiri tapi susu habis. Adi ke kabinet ambik tin susu pekat F&N. Adi cuba buka dengan pembuka susu tapi susah. Masa tu abah tengah buat kerja dengan komputer kesayangannya dalam bilik komputer yang tak jauh dari dapur. Adi berdiri di luar bilik, dengan suara terketar-ketar sama ada nak mintak tolong atau tak, akhirnya Adi minta tolong abah bukakan tin susu tu. Tak ada sepatah pun ungkapan “nantilah”, “sekejap”, “abah sibuk” atau “buka sendiri” yang keluar dari mulut abah. Abah ke dapur dan bukakan tin susu dengan ikhlas. Adi tengok riak muka abah langsung tiada tanda-tanda yang abah marahkan Adi. Masa itulah baru Adi tau, itu cara Adi untuk ‘berkawan’ semula dengan abah. Cara Adi untuk memujuk ala-ala budak ego dan degil. Itulah Adi tika kecilku.

Read the rest of this entry »

Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah..akhirnya habis juga baca buku setebal 227 muka surat ni. Aku Terima Nikahnya adalah buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal atau nama glamernya Abu Saif yang mengisahkan tentang hal-hal rumah tangga sebagai suami isteri dan ibu ayah.

Si dia bagi buku ni kat Adi minggu lepas. Lebih kurang seminggu baru Adi dapat habiskan. Tak boleh lawan si dia yang boleh habiskan dalam 8 jam hehe. Si dia memang kuat membaca, Adi pulak baca sikit-sikit tapi suka fikir lepas habis baca beberapa perenggan. Memang tak boring baca buku ni. Abu Saif mengolah penerangan dalam bentuk cerita kehidupan, kehidupan dirinya dari seorang bujang hinggalah bergelar bapa. Macam mana dia boleh berkahwin dengan isterinya tanpa mengenali rupa parasnya membuatkan Adi rasa kagum. Cinta selepas kahwin, itulah dia. Tak mustahil untuk mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Tapi sangat sukar dilakukan masyarakat kini, tanpa pegangan agama yang kuat.

Satu ungkapan yang paling Adi suka dalam Aku Terima Nikahnya ni adalah ‘Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’. Sangat setuju, itulah yang kami amalkan waktu si dia belajar kat Queensland University of Technology, Australia. Berjumpa jarang sekali. Selalunya kami berjumpa kat rumahnya, bual-bual dengan mak ayahnya, adiknya, kadang-kadang kucingnya yang bernama Chindai. Adi tenang begitu. Rasa diredhai keluarganya.

Sejak Adi balik kampung sebulan lepas, Adi buat solat istiqarah berkenaan pemilihan sesuatu untuk masa depan. Lama Adi tunggu petunjuk tapi tak datang2. Bila si dia bagi Adi buku ni, Adi rasa inilah petunjukNya. Adi rasa Adi dah buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Adi bersama si dia nanti. Olahan santai Abu Saif dalam Aku Terima Nikahnya banyak berikan tunjuk ajar dan pengajaran. Alhamdulillah.

Elok sangatlah remaja baca buku ni. Buku ni mengajar kita perkahwinan itu bukan sekadar menghalalkan apa yang haram ketika ini. Ia lebih kepada tanggungjawab, persediaan menjadi suami isteri atau ibu ayah, dan lebih penting kehidupan kita seterusnya. Adi tak klasifikasikan Aku Terima Nikahnya sebagai sebuah buku agama. Ia lebih kepada buku motivasi Islamik. Kalau cakap buku agama, rasanya ramai yang tak nak baca. Takut nak baca sebab dia tau kesalahan yang dia buat. Jadi dia tak nak terima kebenaran atas kesalahan yang dia telah lakukan. Umat Islam kini memang begitu…

Hidup Seawal Subuh

Subuh

Indahnya dunia terasa bila kita bangun seawal 5:30 pagi tanpa rasa mengantuk. Lagi indah bila azan Subuh berkumandang kita bersiap² untuk ke masjid solat berjemaah. Terasa dunia ini indah, nikmat, selesa dan tenang.

Terjaga 5:30 pagi tadi dengan badan yang serta-merta segar. Buka komputer seminit dua, lepas tu siap ke masjid. Buat pertama kalinya dalam dua semester ni Adi berjemaah Subuh di masjid UTHM. Sejak duk kat TDI ni yang jauh dari masjid, selalu tak sempat nak solat jemaah kat sana. Biasanya bangun pukul 6:30, waktu jemaah dah pun balik. Dulu duk kat TSN. Dari bilik Adi boleh nampak pagar masjid. Kat TDI pun ada surau, selesa jugak, bersih lagi. Bak kata Ustaz Kamal, takde roh nak solat kat situ sebab hati dah terpaut pada masjid. Begitulah juga Adi rasa. Sejak Tahun 2 pengajian lagi Adi menghadap masjid. Situlah tempat Adi sujud kepadaNya. Tapi skang, susah benar rasanya walaupun tak berapa jauh. Insaflah wahai diri ini huhu.

Read the rest of this entry »

14 Perkara Sunat Hari Asyura

Hari Asyura akan jatuh pada 19 Januari 2008 iaitu Sabtu ni bersamaan dengan 10 Muharram 1429. Sebenarnya Adi tak tahu bila hari Asyura sampailah sorang kawan Adi ni hantar email. Thanks Zaza (bukan Zaza mak sedara Manja eheh). Baru sekarang Adi tau makna Asyura iaitu kesepuluh. Lepas ni, tau Awal Muharam, taulah jugak bila Hari Asyura.

Jadi, sempena Hari Asyura ni nanti ada moleknya jugak kalau kita buat perkara-perkara sunat seperti berikut:

Melapangkan masa/belanja anak isteri

  • fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin

  • fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah

  • fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat

  • fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim

  • fadhilat : Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

Bersedekah

  • fadhilat : Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri

  • fadhilat : Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat

  • fadhilat : Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu.
  • lafaz niat : “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”

Bercelak

  • fadhilat : tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca seribu kali

  • fadhilat : Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat

  • fadhilat : Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
  • lafaz niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

Membacahasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru

  • fadhilat : Tidak mati pada tahun ini .

Menjamu orang berbuka puasa

  • fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa

  • fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
  • lafaz niat : “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala”

Maklumat tentang Hari Asyura boleh baca kat Wikipedia neh.