Kung Fu Dunk Dink Donk
Posted by Adi on
February 17, 2008

Haha. Saje je tambah Dink Donk tu. Dah tengok belum movie ni? Kalau belum, eloklah baca dulu reviu tentang movie main bola keranjang guna kungfu neh. Adi sarankan korang baca reviu ni sambil dengar streaming audio lagu tema Kung Fu Dunk, ada kat bahagian last sekali entri ni. Baru ada feel eheh.
Semalam Adi pergi tengok movie ni kat Summit Batu Pahat. Kat BP ni mana lagi nak tengok wayang kalau tak Summit huhu. Kat BP Mall tak bukak lagi rasanya. Bulan 3 kalau tak silap baru bukak. So, Adi dengan kawan-kawan pilih waktu tayangan pukul 9:45 malam. Masuk je dalam panggung, penuh kerusi dengan manusia. Majoritinya orang Cina. Masa Adi tengok filem Cuci hari tu cuma lebih kurang 2/3 panggung je penuh.
Sinopsis
Kung Fu Dunk ni mengisahkan tentang sorang penuntut sekolah kungfu yang dibuang sekolah sebab bergaduh atau timbulkan huru-hara kat sebuah kelab. Ketua kelab tu mengadu kat pengetua sekolah kungfu tu. Maka dengan itu, watak utama cerita ni, Shi-Jie telah dibuang sekolah. Dari situlah bermulanya cerita ni. Shi-Jie berkenalan dengan Wang-Li yang membawa dirinya untuk masuk ke pasukan bola keranjang universiti selepas melihat kehebatan Shi-Jie melontar tin minuman ke dalam tong sampah dari jarak jauh. Sebenarnya Wang-Li nak jadikan dirinya kaya dengan mengambil kesempatan ke atas kehebatan Shi-Jie dalam bola keranjang.
tags: Kung Fu Dunk
2 Comments
Andai Ku Tahu
Posted by Adi on
February 11, 2008
Adi jarang sangat dengar lagu ni kat radio. Tak tahu pun band mana yang nyanyi lagu ni dulu. Bila Adi dengar Band Sem 8 nyanyi lagu ni masa Battle of The Band 2008 UTHM yang lepas, Adi terus tanya Umar yang duduk kat sebelah. “Mar, ni lagu sape?”. “Lagu kumpulan Ungu, Andai Ku Tahu.”. Esoknya Adi menggoogle lagu ni dan akhirnya dapat jugak menyedut berserta liriknya sekali. Adi hayati bait-bait liriknya, sangat menyentuh jiwa kalbu. Terasa diri ini terlalu banyak dosa yang telah dilakukan. Suara Aniq selaku vokalis Sem 8 malam itu betul-betul buatkan hati Adi tersentuh. Hayatilah lagu ini…
Andai Ku Tahu daripada Ungu
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa-dosaku…
Aku takut dosa yang terus membayangiku…
Andai ku tahu…
MalaikatmMu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamMu…
Aku takut akan semua dosa-dosaku…
Aku takut dosa yang terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas di surga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu…
Aku takut akan semua dosa-dosaku…
Aku takut dosa yang terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu…


