Archive for the ‘Muat Turun’ Category

Download Komik Ubi Percuma

Aku baru tahu yang kartunis Ubi skang ni dah ada blog sendiri. Zaman sekolah menengah dulu aku takkan miss beli majalah Ujang, semata² nak ikut cerita Aku, Dia & Wolkswagen. Watak Ubi dalam cerita tu memang ada sangkut menyangkut dengan diri aku zaman sekolah dulu. Ubi yang suka kat Kak Zurina, Kak Zurina pulak anggap Ubi macam adik. Dulu aku pun ada perasaan macam tu kat seorang kakak yang skang ni dah ada anak pompuan, birthday sama dengan aku, baru 9 bulan.

Baru je tadi subscribe untuk download komik Ubi kat blog dia. Baru download tapi belum lagi baca. Kalau komik Ubi, aku jamin ianya pasti menarik. Habis kerja ni nanti nak menelaah komik Aku, Dia & Test eheh. Tajuk hampir sama dengan komik lama. Best. Nampaknya aku tak download dah komik Naruto, dah ada komik tempatan yang kena dengan jiwa dan raga. Naruto, download anime jela eheh.

Kalau tak silap, Ubi skang ni dah cuba menjadi Internet Marketer. Baru² ni dia join satu program Usahawan Internet yang aku lupa kat mana. Tengok pada blog dia pun dah macam IM yang lain cuma dalam bentuk kreativitinya sendiri. Jujurnya aku cakap, cara Ubi sebagai IM lebih menyenangkan aku.

Kalau kamu peminat Ubi sejak kecik, rasa nak download komik² Ubi yang diberi percuma, sila²lah ke www.kartunisubi.com. Memang berbaloi membaca :love:

Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Here In My Home Free Download

Mula² dengar lagu ni kat Fly FM Adi ingat lagu dari artis Barat yang buat recording dengan artis Malaysia. Bila Adi cari lagu ni kat Internet, rupanya ia adalah lagu sumbangan ikhlas artis² Malaysia yang korang boleh download secara percuma lagi sah di www.malaysianartistesforunity.info. Haha. Tak perlu ke Gua Muzik untuk download dengan harga RM3 untuk satu lagu. Tak payah susah payah menorrent (kalau ada) ataupun cari kat limewire, terus ke website diorang untuk download lagu Here In My Home dalam bermacam² format; lagu, klip video, the making mengikut saiz yang korang suka.

Projek ni berkaitan dengan cintakan Malaysia, negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Sebab tu lagu ni dinamakan Here In My Home. Ramai artis yang terlibat dalam projek ni; Afdlin Shauki, Awie, Jacklyn Victor, Jason Lo, Ida Nerina…Shebby Singh dengan Tony Fernandez pun ada jugak eheh. Erk, tapi diorang tu artis ke? Personaliti la lebih tepat rasanya. Ramai lagilah yang join, sporting morting belaka.

Klip video boleh download kat website diorang. Boleh jugak tengok kat Youtube kalau suka. Bukan senang nak tengok personaliti² Malaysia bergabung seramai ni. Klip video diorang simple tapi happening, ceria, dan Malaysian style. Syabas untuk diorang ;)

Download lirik Here In My Home (78)

Pontianak dan Orang Minyak

Hooray!! Bebas!! Ingat lagu Bebas yang kumpulan…kumpulan apa ek? Kalau korang ingat korang nyanyilah sendiri. Adi tak ingat dah lagu tu..zaman kanak² ribena time tu hehe.

Pagi semalam tamatlah sudah paper paling last untuk final exam dalam tahun pengajian terakhir Adi kat UTHM ni. Lepas ni tak tau lagi nak sambung ke tak. Rest dulu, pastu keje. Dah puas keje, baru fikir nak sambung belajar. Perancangan tu ada, tapi jadualnya tak tau bila.

So what’s next? Siapkan tesis!! 11 pagi tadi baru hantar draf tesis kat penyelia. Sepatutnya hantar semalam, tapi terlewat sikit je sebelum dia balik. Isnin ni dia bagi balik sama ada dah ok ataupun kena betulkan lagi. Kalau dah ok, hari tu jugak Adi hantar untuk jilid. Esoknya dah boleh hantar kat fakulti. Seterusnya, dah boleh balik kampung ho ho yeah!!

Mesti korang tertanya² apa kaitan dengan dah habis belajar dengan tajuk pontianak dan orang minyak? Aha, ni nak habaq mai neh. Mungkin korang dah tau, mungkin jugak tidak. Dalam Harian Metro baru² ni (tak tau bila), kawan Adi, Wan namanya ada bagitau berita pasal orang jumpa pontianak tengah menangis kat Melaka. Betul ke tak berita tu, entahlah. Yang bestnya, Adi ada video pontianak (97) tu. Download je, free Adi bagi sempena hari merdeka untuk diri sendiri eheh. Tapi ada password. Saje ngada² nak letak password. Nak tau password? Kena baca lagilah.

Read the rest of this entry »

Chantek Sechantek Suria Menyinar

Pernah dengar lagu Chantek daripada Altimet feat. Adeep Fabulous Cats? Lagu ni agak popular gak skang. Selalu main kat radio Fly Fm dan Era. Suka betul lagu ni. Nape Adi suka sangat kat lagu ni? Satu sebabnya susunan lirik yang mengikut cerita. Rap dia pun best, dalam bentuk santai. Paling best sebab lagu ni ceria je dengar. Rasa dunia ni sungguh indah :) Lagu ni ada dalam versi English tapi Adi tak jumpa lagi. Layankan…

Altimet feat Adeep Fabulous Cats
Chantek

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek…
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yang gula dari yang cuka
pandai menukar yang duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yang ku rangka
tak usah lengah ayuh kita berumah tangga

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar…
chantek…
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa…
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar…
chantek…
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa…
ohh chantek…
sungguh aku cinta kamu…

Download Chantek - Altimet feat. Adeep Fabulous Cats (194)

Burung Apa? Burung Murai

Tomeynyee budak kecik neh. Rasa nak cubet² je pipi dia. Adi suka tengok bila dia suruh diam kat orang yang tanya tu. Lagi² bila dia marah hehe. Kalau adik Adi ni, habeslah dia :p

Download Burung Murai (102)

p.s: jangan download je. bagilah sepatah dua kata ek :)

p.s: ok tak theme ni? tak tau lg nak kekal guna theme ni ataupun cuma sementara. guna theme sblm ni ada masalah nak publish video tu. tak sempat nak edit lagi theme ni. biarlah dulu. utamakan yg utama :)