Archive for the ‘Menarik’ Category

The Dynamic Tower Dubai

Tak cukup dengan Burj Al Arab Hotel, Palm Island, The World, Dubai buat pulak lagi satu projek mega yang boleh buat kita cakap “perrgghh..kagum²”. Projek yang dikatakan bangunan berputar pertama di dunia tu dijangka siap dalam tahun 2010. Bangunan itu dinamakan The Dynamic Tower dengan 80 tingkat setinggi 420 meter. Berkonsepkan bawah pejabat dan atas kediaman mewah The Dynamic Tower ni akan jadi simbol baru kepada Dubai yang pesat membangun sekarang ni.

Setiap tingkat Dynamic Tower ni akan berputar dengan kelajuan yang berbeza secara perlahan. Bangunan ni jugak menggunakan teknologi pengesan suara yang boleh mengesan arahan kiri atau kanan untuk setiap tingkat berputar. Ianya pasti dapat berikan suasana panorama waktu bersantai di apartment mewah. Klik sini untuk tengok video animasi The Dynamic Tower of Dubai.


Katakan penyewa baru balik keje, tak payah susah payah parking kete kat bawah kemudian naik lif. Naik je lif tu dengan kete sekali sebab Dynamic Tower ni dilengkapi dengan car elevator. Lagi sekali..perrgghhh. Kalaulah Adi mempunyai berbillion² gelen minyak petrol dengan diesel, nak jugak tempah satu eheh.

Kata Mohammed bin Rashid al Maktoum, PM UAE, walaupun negaranya kaya hasil daripada minyak, tapi minyak akan habis. Jadi untuk tingkatkan ekonomi UAE, Dubai khususnya, projek² mewah harus dibangunkan untuk dapatkan pelabur² asing. Perancangan yang bagus dan berani. Bangga dengan negara Islam yang satu ni :)

Sumber : Malaysia City

The Best Sex He Ever Had

Wow. What a lucky man. He had the best ’sex’ in the world :)

Read the rest of this entry »

FIFA Street 3 - Acrobatic Soccer

Petang tadi Adi pergi buat akupuntur kat Hospital Homeopathy Dr. Nik Omar kat Pasir Mas. Best jugak kena cucuk jarum kat kepala hehe. Hospital gaya rumah dia memang menarik, tapi sayang website komersial Dr. Nik Omar hanya menggunakan webhosting percuma daripada Tripod.

Ok. Bukan nak cerita pasal akupuntur. Ni nak cerita tentang sukan bola sepak atas jalan, bukan lagi atas padang. Secara umumnya dipanggil Street Soccer ataupun Bola Sepak Jalanan.

Tadi Adi melilau ke Youtube, terjumpa video tentang FIFA Street 3 iaitu game untuk PS3 dan jugak Xbox 360. Grafik yang cun, padanlah hanya untuk PS3 dan Xbox 360. Tak dapatlah Adi nak cuba main huhu. Lihatlah trailer dia neh…

httpv://www.youtube.com/watch?v=6DxNNnjqLxs

Read the rest of this entry »

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008Salam petang. Esok bersamaan dengan 13hb April 2008 Adi akan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 yang bertempat di PWTC bersama dengan si dia. Agenda lain selain nak jumpa si dia, Adi ada gathering bersama dengan geng² Hellobebeh Community yang buat julung² kalinya Adi join gath bersama diorang. Sebelum ni asyik tak jadi je huhu. Gath tu jugak buat kat PWTC yang dinamakan Gath Pesta Buku 2008.

Siapa Hellobebeh Community

Sebagai pengetahuan, Hellobebeh Community adalah terdiri daripada member² forum yang minat dengan komik Blues Selamanya dan jugak sebahagian warga Blues Selamanya. Sayangnya komik tu dah tak dikeluarkan lagi atas sebab² tertentu.

Agenda lain

Adi jugak nak tengok lebih dekat depan² mata beberapa orang selebriti yang Adi kagum seperti Dr. Irfan Khairi, saudara Zamri Nanyan dan Zul Smartusaha. Adi panggil diorang selebriti sebab diorang adalah selebriti Internet yang bekerja sepenuh masa sebagai usahawan Internet yang halal. Kenapa ada perkataan ‘halal’? Korang sendiri pun tau :)

Adi jangkakan Gobala Krishnan, Azizi Ali dan jugak SaifulSham pun akan turun ke PWTC. Diorang semua ni adalah mentor tak langsung Adi sepanjang lebih kurang setahun yang lalu. Harapnya dapatlah jumpa diorang semua ni esok.

Esok hari Ahad, jomlah ramai² ke sana ;) Maklumat lanjut tentang Pesta Buku Antarabangsa KL 2008.

ps: baru beli digicam. bleh amik gambar esok :D

Burung Apa? Burung Murai

Tomeynyee budak kecik neh. Rasa nak cubet² je pipi dia. Adi suka tengok bila dia suruh diam kat orang yang tanya tu. Lagi² bila dia marah hehe. Kalau adik Adi ni, habeslah dia :p

Download Burung Murai (102)

p.s: jangan download je. bagilah sepatah dua kata ek :)

p.s: ok tak theme ni? tak tau lg nak kekal guna theme ni ataupun cuma sementara. guna theme sblm ni ada masalah nak publish video tu. tak sempat nak edit lagi theme ni. biarlah dulu. utamakan yg utama :)