Archive for the ‘Kenangan’ Category

Konvo Akhirnya

Alhamdulillah..dah konvo rupanya aku eheh. Tapi majlis konvokesyen ke-7 UTHM Isnin lepas aku rasa banyak yang spoil. Bukan silap pengurusan, tapi silap mahasiswa² yang macam tak pernah tengok orang konvo macam mana, memang pun. Kemungkinan besar jugak mereka yang buat spoil tu tak datang raptai Jumaat lepas. Ada jugak yang buat gaya macam pelajar AF terima ijazah. Peminat tegar AF agaknya. Memalukan nama mahasiswa.

Penat betul hari tu. Hari tu jugak nak setelkan semua; ambik sijil, tangkap gambar yang latar belakang buku tu, hantar jubah, pastu hantar family balik kampung naik bas. Ingat nak terus balik KL, esoknya kerja. Tapi rasa tak sihat pulak. Ambik mc satu hari, lepak hotel yang berbaki 16 jam sebelum check-out.

Read the rest of this entry »

Raptai Konvo

8 pagi semalam aku start enjin DAR nak ke UTHM untuk raptai konvo aku pagi Isnin nanti. Entah macam mana tersilap masuk jalan, aku terpatah balik masuk kota KL. Melilau mata cari sign board ke Seremban. Lepas setengah jam lebih kurang gitu barulah dapat petunjuk ke sana. Terus masuk tol Sg. Besi sampailah ke tol Ayer Hitam dalam masa lebih kurang 3 jam untuk 300km.

Sesampai kat sana aku singgah Warung Kita untuk lunch. Cubit² lauk, pastu tanya akak kedai berapa kena bayar. 4 ringgit katanya. Huish, murahnya. Dulu kedai tu boleh dikatakan antara yang mahal dekat Parit Raja (tapi sedap). Skang ni rasa murah pulak sebabnya kat KL ni mana nak dapat makan semurah itu dengan kuantiti sebanyak semalam. Habis lunch aku ke rumah Ying pulak dia mintak tolong troubleshoot projek PSM dia. Check punya check, modem dia tak pasang antena. Patutlah tak dapat send SMS haha. Jenuh la gitu. Dia tak tau yang panjang berlingkar² dalam kotak tu adalah antena sebab gambar lain dalam user guide.

Kata pukul 2:30 start raptai. Tunggu dekat sejam lebih takde orang pun dalam DTII. Ramai manusia yang datang nak raptai rimas dah tunggu kat luar. Pukul 4 barulah diorang panggil masuk DTII. Diorang tayang video cara untuk pakai jubah konvo dengan cara untuk terima sijil. Adalah demo kejap diorang buat atas stage. Lepas tu nak buat raptai dari luar masuk ke dalam dewan, tapi budak² ni balik pulak. Kesian pihak pengurusan. Terpaksa batal raptai tu rasanya. Dewan yang penuh mulanya tinggal berapa orang je. Aku pun dah takde mood tengok ramai keluar dewan, aku pun samalah mengeluarkan diri untuk ambik jubah dengan Umar.

Round² gerai konvo, hambar. Tak semeriah dulu. Sejak tapak gerai konvo dipindahkan dekat padang golf, aku tak nampak langsung kemeriahannya. Rasa macam pasar malam pulak sebab buat satu line je dekat pinggir padang. Dulu buat kat parking kereta yang menghadap jalan raya. Nampaklah meriah buat kat situ. Orang luar pun boleh nampak ada pesta konvo tengah berlangsung.

Lepas Maghrib, Helmie nak tumpang balik KL pergi rumah kakak dia. Sampai kat Petronas Parit Yaani aku isi angin tayar kejap bagi best sikit nak drive. Tapi tayar kiri depan tu makin aku isi makin keluar. Kat pam digital tu pulak duk tunjuk error je. Aku fikir tayar tu bocor dah time tu. Ambik tayar spare, tukar terus dalam setengah jam. Sempat jugaklah berpeluh.

Pukul 2 baru sampai rumah. Aku makan angin malam kat KL kejap sebelum balik. Tapi tak masuk tengah bandar, takut tak jumpa jalan balik pulak huhu. Dua hari lepas dah keluar ke tengah bandar dengan Ustaz Zul tapi tak ingat² lagi jalan.

Penat, sabtu kerja.

Gambar di Lembah Pangsun

Banyak nak tunjuk sebenarnya gambar² masa kat Kem Nur Lembah Pangsun untuk Kem Cetusan Kesedaran minggu lepas. Tapi sebab gambar² tu kebanyakannya private untuk kompeni dengan klien, makanya tak dibolehkan untuk publish kat umum…pada pandangan akulah eheh. Bos tak cakap apa² pun haha.

Hari kedua breakfast air nescafe dengan nasik lemak. Teringat pulak kak Mek dalam rancangan Nasik Lemak Kopi O dengan Aziz Desa Hai Hai Hai Cermin² Diri Anda eheh. Yang peliknya pagi tu, budak pompuan ramai yang sakit perut lepas makan nasik lemak. Tapi budak laki ok je. Diorang saje kot buat alasan nak skip slot pagi tu. Macam² helah.

Read the rest of this entry »

Cuti-cuti Melaka

Lama jugak tak update. Adi ke Melaka sebenarnya hari Khamis lepas. Pukul 10 malam semalam baru sampai, tapi singgah rumah nenek dulu makan nasik. Nak singgah kedai, tak kenyang mana. Nasik nenek jugak jadi idaman eheh.

Tak nak cerita pasal percutian Adi ke Melaka, takde yang best selain pergi zoo Melaka je haha. Percutian yang tak dirancang. Alang-alang nak hantar adik kat UiTM Lendu, ma cakap nak stay 2 malam kat sana, duk kat Hotel Seri Malaysia.

Rabu malam Khamis, Adi dapat SMS daripada Helmie yang dia secara tiba-tiba tak jadi nak teman Adi ke Melaka hantar adik. PC yang dia baru beli 2 hari sebelumnya ada prob. Jadi dia nak pergi kedai tu balik hari Khamis. Sabtu dia dah nak balik UTHM. So, alternatifnya family Adi semua ikut sekali ke Melaka. Jadilah macam pergi bercuti eheh.

Pukul 10 baru bertolak dari rumah sebab ma kena pergi sekolah dulu setelkan beberapa hal. Tak sampai setengah jam drive, Adik tanya Lan bila dia masuk daftar. Hari Jumaat katanya Lan. Masa tu Adi teringat lesen driving, hidup lagi ke tak. Keluarkan wallet, tarik lesen, berkedip-kedip mata tengah fikir tahun ni tahun 2007 ke tahun 2008. Tanya ma, ma cakap tahun 2008. Aiyark!! Lesen dah 2 bulan lebih mati huhu. Selama ni Adi ke hulu ke hilir sampai ke Dungun, Penang dengan lesen yang dah tak bernyawa. Nasib memang baik, tak kena tahan polis pun.

Masa tu kat Pulai Chondong. Cari pejabat pos nak renew lesen. Ramai betul manusia duk beratur. 15 minit tunggu. Tiba-tiba pulak Internet tak dapat. Hampeh. Macam mana nak renew takde Internet kalau kat pejabat pos.

Masuk kereta, bergerak ke Machang. Call makcik yang mengajar kat SMK Hamzah 1, mana pejabat pos terdekat. Makcik cakap pergi JPJ teruslah senang. Baru teringat pasal JPJ. Bukan ape. Dalam hati ni tak suka JPJ yang suka menyaman orang ni eheh. Sebab tu tak tersemat dalam kepala Adi pasal JPJ. Tapi dalam kes ni kenalah jugak ke tempat yang paling Adi tak suka tu.

Mula-mula tak jumpa JPJ Machang. Dua kali round barulah jumpa. Dulu warna biru. Sekarang ni warna oren pulak. Ingat sama macam balai polis yang sinonim dengan biru gelap.

Ambik nombor, 1169. Tengok angka giliran terkini, 1120. Tengok kaunter pulak, ada 8 tapi cuma 4 je beroperasi. Lemah semangat dah. Entah berapa lama baru sampai turn. Nak tak nak terpaksalah tunggu, nak hantar adik punya pasal.

Laju jugak nombor bertukar giliran. Ada yang tak datang masa dipanggil. Bagus jugak, cepat sikit sampai giliran. Tapi Adi perasan sorang laki ni yang cerdik. Nombor giliran dia 1185. Masa tu baru panggil nombor 1148. Dia tengok takde orang ke kaunter, dia pun bangun buat-buat macam nombor 1148 tu nombor dia. Hampeh. Ini potong queue namanya bang. Orang lain pun menunggu jugak. Nak jugak Adi buat macam tu tapi kesian pulak kat orang lain yang dah tunggu lama sebelum Adi.

12:06 tengah hari baru gerak dari JPJ Machang ke Gua Musang, berenti solat kat situ. Pukul 10 malam baru sampai Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh. Sampai bilik hotel, layan national geographic sampai pukul 1 pastu baru tido eheh.

Selamat Hari Bapa Wahai Abah

selamat hari bapa4 hari terlewat untuk sampaikan ucapan Selamat Hari Bapa kepada abah Adi. Bukan sengaja lupa, tapi tak kesampaian…sebab abah telah pulang ke rahmatullah pada 1 November 2004. Pulangnya arwah abah ke ‘sana’ pada pertengahan bulan Ramadhan dulu tidak diiringi dengan air mata anak sulungnya ini. Mungkin ada orang yang mengata anaknya ini tidak rasa sedih, tidak rasa kehilangan, tapi hanya Allah yang tahu apa yang Adi rasakan pada waktu itu.


Tin susu F&N Teringat masa kecik-kecik dulu Adi kena marah dengan abah. Seingat Adi masa tu baru Tingkatan 1. Biasalah budak tak matang, selalu ikutkan perasaan. Adi rasa marah sangat dengan abah masa tu. Benci abah. Tak tegur pun berjam-jam. Tapi Adi sedar perasaan tu tak boleh kekal dalam hati Adi selagi Adi bergelar anaknya.

Adi ke dapur nak buat air milo sendiri tapi susu habis. Adi ke kabinet ambik tin susu pekat F&N. Adi cuba buka dengan pembuka susu tapi susah. Masa tu abah tengah buat kerja dengan komputer kesayangannya dalam bilik komputer yang tak jauh dari dapur. Adi berdiri di luar bilik, dengan suara terketar-ketar sama ada nak mintak tolong atau tak, akhirnya Adi minta tolong abah bukakan tin susu tu. Tak ada sepatah pun ungkapan “nantilah”, “sekejap”, “abah sibuk” atau “buka sendiri” yang keluar dari mulut abah. Abah ke dapur dan bukakan tin susu dengan ikhlas. Adi tengok riak muka abah langsung tiada tanda-tanda yang abah marahkan Adi. Masa itulah baru Adi tau, itu cara Adi untuk ‘berkawan’ semula dengan abah. Cara Adi untuk memujuk ala-ala budak ego dan degil. Itulah Adi tika kecilku.

Read the rest of this entry »