Archive for the ‘Harta’ Category

PC Baru

Susah betul nak online skang ni. Internet selalu je tak dapat. Kalau dapat pun punyalah lembap macam kura-kura. Satu lagi sebab musabab Adi tak update blog ni, motherboard (mobo) Adi rosak huhu.

Kisah bermula Jumaat lalu lepas Adi try untuk update BIOS. Tak pernah2 buat, hari tu memberanikan diri mengambil risiko. Adi guna mobo brand Msi. Msi ni sediakan live update dari web diorang. So Adi pun updatelah ikut arahan, sampailah suatu ketika…

Macam biasa Streamyx skang ni tidak berada dalam keadaan stabil. Masa Adi tengah update time tulah dia nak putus. Maka proses mengupdate BIOS atau dalam istilah komputer disebut flash BIOS tak berjaya. Adi klik Cancel. Komputer berjalan macam biasa sampailah Adi reboot…

“PLEASE INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER”

Adeh. Parah ni. Belum sempat masuk BIOS dah keluar mesej tu. Cubalah jugak try2 ilmu yang ada tapi semua tak jalan. Last2 terpaksa hantar kedai hari Ahad lepas.

Brader tu cakap kena hantar kilang nak reset BIOS. Lemah jugak dengar tapi apa nak buat. Katanya 2 minggu paling kurang baru siap. Runtuh jiwa lara nak tunggu komputer kesayangan Adi ni sihat kembali. Adi merelakan ia dimasukkan ke wad dengan perasaan hiba.

Esoknya brader tu call. Katanya mobo yang rosak, terpaksa beli baru. Aduss, duit lagi. Takpelah, tukarlah yang baru pun. Katanya RAM Adi tu boleh guna lagi tapi graphic card tak boleh guna dah. Adi punya jenis AGP. Yang kat mobo tu slot untuk PCIE. Takpelah, tak penting pun. Bukan main game pun kat PC ni. Selasa petang katanya boleh siap.

Petang tadi dalam pukul 4 Adi ke kedai untuk menjemput PC Adi pulang ke rumah. RM170 kena. Harap2 ia sihat untuk jangka masa yang lebih lama. Nasib baik jugak cuma 3 hari je masuk wad. Kalau tak, banyak keje tergendala. Mobo murah, camtulah.

Akhirnya iMood Color Change Clock Tiba

iMood Color Change Clock

Hoho. Sampai jugak akhirnya iMood Color Change Clock yang Adi menang bid kat Lelong.com.my hari Jumaat lepas. Adi sorang je bid dengan harga RM1 bolehlah menang hehe. Kos penghantaran pulak RM13. Maknanya penjual tu dapat untung melalui kos penghantaran. Biasa la, sape nak rugi kan. Taktik kat Lelong.com.my ataupun ebay memang camtu. Tau la…

Entah kenapa Adi rasa macam budak-budak yang tunggu ayahnya balik rumah bawak aiskrim sejak pagi tadi. Check transaksi online kat website SkyNet jam yang boleh bertukar-tukar warna tu dah sampai Kota Bharu dari Kepong hari Selasa pukul 10 pagi. Ingatkan petang tu dah boleh sampai rumah. Tunggu punya tunggu punya tunggu, jam tak timbul2. Mungkin Adi rasa sikit gembira dengan jam tu sebab dah sebulan Adi tidur tanpa alarm clock hadiah daripada si dia tahun lepas. Adi sayang sangat alarm clock dari Australia tu. Entah mana hilangnya. Takkan tertinggal kat kolej. Rasanya dah simpan semua dalam kotak elok2. Sedih…

Adi tidur dalam pukul 6:30 lepas solat Subuh. Pukul 9:30 tersedar, orang SkyNet call tanya rumah kat mana. Ingat dia dah nak sampai, Adi bingkas bangun tunggu van SkyNet tu datang ke rumah. Tapi tak datang jugak sampai ke tengah hari. Adi tidur kejap dalam bilik, mata tak boleh tahan mengantuk yang amat tak tidur semalaman.

Pukul 3 petang lebih kurang adik bongsu Adi ketuk kuat2 pintu bilik yang agak usang tu. “Mari doh!” katanya. Dari semalam lagi dia tanya bila nak sampai. Sape yang rasa happy ni sebenarnya hehe. Adi capai towel nak lap muka yang serabai. Dengar bunyi enjin van SkyNet yang bising. Adi tengok bonda tengah sain terima bungkusan. Ok jugak, malas nak jumpa orang dengan muka baru bangun tidur. Sangat tak manis, lagi-lagi pukul 3 petang.

iMood Color Change Clock

Dah dapat jam tu, apa lagi, test2 la tengok dia tukar2 warna macam mana hehe. Rasa macam budak2 pulak. Adi letak jam tu dekat dengan jam hadiah daripada si dia kepada bonda yang baru habis bateri, sebelah TV. Bentuk kiub comel dengan warna-warna menenangkan jiwa bertukar setiap waktu. Tak tengok TV nampaknya, tengok jam iMood hehe.

Adik kata RM10 je jam tu kat KB. Masih lagi Adi untung. Untung minyak kereta ke KB yang RM10 ulang-alik lebih kurang. Lagipun SkyNet terus hantar ke rumah, itu yang bagusnya. Badan tak penat ke KB 18km yang sesak dengan kereta mengalahkan KL, duit pun dapat jimat RM6. Bukan ke itu pemikiran yang bagus hahaha.

Tapi ada satu masalah. Adi tak pandai nak set alarm huhu :cool:

Ionizer - Penyaman Udara Elektrik

Adi baru dapat satu produk, perkakas, alat, bendalah atau menatang yang teramat sangat (penggunaan kata penguat yang salah ni, jangan ekot!!) berguna kepada tubuh badan kita. Bendalah tu sampai petang semalam kat rumah Lan, kawan Adi. Terpaksa guna alamat rumah dia. Kalau guna alamat kolej kediaman ni yang sepatutnya sampai sehari jadi seminggu baru sampai huhu. Penghantaran cuma mengambil masa sehari dengan Skynet dalam hari bekerja. Duk cakap je, apa bendalahnya?? Ok ok. Ni gambarnya:

Ionizer

Ianya dipanggil Ionizer, sejenis penyaman udara atau dalam bahasa mat salleh Air Purifier. Selalunya kita guna aroma macam Airwick atau Glade sama ada dalam bentuk cecair ataupun gel. Tapi bendalah ni menggunakan teknologi ion untuk meneutralkan udara dalam ruang tertutup contohnya dalam kereta atau bilik. Ada banyak jenis, tapi Adi pilih yang ni sebab murah dan memang disyorkan oleh sape-sape termasuklah pensyarah Adi. Yang ni jenis GH-2115.

Adi order secara online kat kemenonline.com dengan harga RM66 termasuk shipping. Pembayaran pulak melalui Maybank2u. Sape-sape yang ragu-ragu dengan pembelian melalui Internet, bolehlah tinggalkan pemikiran sebegitu. Adi dah lama buat pembelian dari Internet sama ada produk digital atau fizikal. Setakat ni belum ada lagi kes penipuan yang Adi jumpa dalam urusan jual beli. Lainlah kalau korang nak join skim cepat kaya atau HYIP, sangatlah berpotensi untuk ditipu hidup-hidup.

Read the rest of this entry »

Alahai Serbanku…

Bila kau berada di atas kepalaku, kau sentiasa menjadi perhatian. Kau sentiasa menjadi pertanyaan. Kau sentiasa menjadi….ape-ape jelah haha.

Lepas solat Jumaat tadi Adi balik awal sikit, nak sambung study untuk Test 1 subjek Operating System. Hari ni Adi pakai serban putih kegemaran Adi. Dah lama tak pakai, adalah dalam sebulan. Kenapa Adi tak pakai sebulan tu…adalah sebabnya eheh.

Turun je dari kereta tadi terserempak dengan Man yang baru balik dari masjid jugak, member yang selalu jual topup kat Adi. Serta-merta dia laung, “Ya, maulana, alhamdulillah.” Hahaha. Mesti tak pernah tengok Adi pakai serban neh. Banyak kali dia sebut maulana, maulana dengan bunyi ala-ala Arab gitu. Lepas tu dia tanya lagi, “Sejak bila ko pakai serban?” Haha, dah agak dah dia tak pernah tengok Adi pakai serban.

Dia tanya lagi, “Dulu ko sekolah agama ke?” Macam terkejut je dia tengok Adi berserban. Macam-macam dia nak tanya. Adi layankan je. Bukan setakat layan, siap kelentong lagi kat dia hahaha. Adi jawab, “Dulu aku sekolah pondok. Adalah dalam 5 tahun.” Dia percaya tu hehe. Dia tanya lagi, “Maknanya, PMR, SPM ko kat situlah ye?” Adi rasa kesian dah nak kelentong dia. Nanti dia caye betul-betul pulak. Adi bagitaulah yang Adi dah lama pakai serban, cuma jarang terserempak dengan dia je. Selalunya Adi balik lewat dari masjid lepas solat Jumaat, tu yang tak terserempak dengan dia, orang lain pun.

Sebenarnya ni bukan kali pertama dia tanya Adi pasal serban putih ni. Sebelum ni pun ada gak sorang, siap datang bilik lagi tu tanya dulu Adi sekolah pondok ke hahaha. Lawak betullah bila terkenangkan kisah serban Adi ni. Mak Jah dengan Pak Long pernah puji cara Adi lilit serban, kemas katanya. Terima kasih kat Kimi yang ajar Adi lilit serban masa Form 4 dulu. Kimi tu kawan sekampung, bekas pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Terima kasih gak kat Haiqal yang belikan Adi serban ni kat Jaafar Rawas KB masa Tahun 1 kat UTHM dulu.

Ada yang menganggap Adi betul-betul warak disebabkan pakai serban. Diriku taklah sewarak yang disangka huhu. Diri ini masih lagi berlumpurkan dosa. Tapi alhamdulillah kalau tanggapan orang terhadap Adi macam tu. Adi berserban sebab nak ambik sunah Nabi. Lagi satu sebab, rasa selesa dan sejuk je kepala bila pakai serban. Bukan niat nak tunjuk baik. Adi bukanlah sebaik yang disangka, tapi Adi cuba untuk jadi yang terbaik.

Cubalah korang pakai serban, yang lelaki je tau. Pompuan pakai tudunglah, pelik lak kalau pakai serban hehe. Cuba try pakai serban, korang akan dapat nikmati keselesaan kepala korang nanti eheh.

Yonex Nanospeed 9000 Memang Best

Lambat pulak nak bagitau pasal raket badminton yang baru Adi beli ni. Jumaat lepas lepas Adi tak dapat nak test raket sebab Pusat Sukan tiba-tiba je tukar tarikh tempahan court ke hari Ahad malam. Atas arahan Universiti katanya. Malas nak bertekak, Adi relakan je.

13hb Januari lepas Adi cuba try test raket tu untuk permainan single dan jugak double. Seperti yang Adi jangkakan sebelum ni, raket tu sangat sesuai untuk permainan single. Memang bestlah walaupun bukan ori huhu. Tak menyesal langsung beli raket fake. Walaupun berat sikit, tapi kawalan gelanggang jadi lebih baik. Corak permainan jadi lebih tenang, maybe sebab fikir raket tu berat jadi tak bleh nak push sangat. Cuma Adi belum test lagi dengan permaian di jaring. Kalau ikut pengalaman, raket ringan lebih sesuai main di jaring.

Buat masa ni pukulan smash dengan Yonex Nanospeed 9000 belum lagi rasa selesa. Timing tak berapa tepat. Nak biasakan tangan yang selalu hayun raket ringan ni dengan raket berat makan masa jugak. Tapi pukulan smash Adi lebih baik kalau nak dibandingkan dengan masa mula-mula beli raket ringan dulu, tukar dari raket berat ke raket ringan, timing jadi terlalu awal. Kadang-kadang rasa menyesal dengan raket ringan tu, Adi sangkakan raket tu tak bagus. Rupanya diri sendiri haha. Lama-lama practice barulah dapat timing yang tepat.

Dua, tiga tahun sebelum ni Adi selalu fikir raket ringan lebih bagus. Senang untuk segala-galanya. Tapi skang tak lagi. Raket berat atau ringan, masing-masing ada kelebihan. Depends pada diri masing-masing mana yang lebih dia rasakan sesuai. Adi tak taulah betul ke tak, ini apa yang Adi dengar. Pemain pro macam Chong Wei, Lin Dan ape sume tu guna raket berat. Ini yang Adi dengarlah. Kalau salah, tolong maafkan Adi huhu.

So, kesimpulan raket Yonex Nanospeed 9000 neh adalah ianya bagus digunakan walaupun berat sket. Kawan Adi pun setuju raket ni sesuai untuk single (dia dapat pergi MASUM huhu jelesnye).