Archive for the ‘Dia Teristimewa’ Category

Dia Di Langit Biru

IMG_0916

Baru balik dari Airport Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hantar si dia nak balik KL. Minggu depan dia dah start latihan mengajar kat Pulapah yang cuma ada lebih kurang 150 orang pelajar je hehe. Anak-anak polis kot. Cikgu pulak cuma 18 orang termasuklah dia dan rakan-rakan seperjuangan. Tak kisahlah sekolah kecik, yang penting dapat jadi teacher contoh dan disayangi kanak-kanak sekolah rendah.

Gambar curi kat atas tu si dia membelakangi PowerShot A470 Adi. Berbaju biru, berseluar cream dan bertudung labuh putih. Baju baru katanya. Kali pertama Adi tengok.

Tak sangka rahsia Adi pecah kat airport huhu. Terserempak dengan tok sedara kat sana nak hantar anak dia ke Jepun. Dia pun terkejut. Takkan Adi nak cakap saje2 datang. Anaknya, Afiq yang nak ke Jepun tu pun Adi tak pernah tau huhu. Terpaksalah Adi kenalkan si dia kat tok sedara Adi tu. Pandai pulak dia mengusik, kawan ke ‘kawan’ hehe. Mujur jugaklah dia ada sebab Afiq tu sorang2 pergi KLIA. Dia terpilih untuk wakil SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra ke Jepun. Kat KLIA baru dia jumpa yang lain2 untuk urusan seterusnya. Flight sama, jadi takde masalah la Afiq nak biasakan diri kat KLIA nanti, si dia boleh jaga.

ust wan akasha & usz nor bahyahTak sangka jugak terserempak dengan Ustazah Siti Nor Bahyah dengan suaminya, Ustaz Wan Akasha kat sana. Semalam diorang ada ceramah kat Telipot. Kalau tau, bleh pergi semalam huhu. Dalam tv Adi tengok ustazah ni nampak kecik je. Rupanya sangkaan Adi tu meleset bila tengok depan mata hehe. Gaya dia cakap pun lain. Memang Adi tak cam mulanya. Adi cuma cam suaminya. Pelik, Adi cam Ustaz Akasha dari belakang, bukan lepas tengok muka dia. Padahal tak pernah tengok pun sebelum ni kecuali dalam tv, itupun secara depan. Hati Adi berkata-kata kot eheh.


InsyaAllah kalau Adi tak ke mana2, kalau jadi, dalam hujung minggu ni Adi akan ke IPBA dengan adik lelakinya untuk bawak barang-barang dia ke Pulapah, Negeri Sembilan. InsyaAllah.

Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah..akhirnya habis juga baca buku setebal 227 muka surat ni. Aku Terima Nikahnya adalah buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal atau nama glamernya Abu Saif yang mengisahkan tentang hal-hal rumah tangga sebagai suami isteri dan ibu ayah.

Si dia bagi buku ni kat Adi minggu lepas. Lebih kurang seminggu baru Adi dapat habiskan. Tak boleh lawan si dia yang boleh habiskan dalam 8 jam hehe. Si dia memang kuat membaca, Adi pulak baca sikit-sikit tapi suka fikir lepas habis baca beberapa perenggan. Memang tak boring baca buku ni. Abu Saif mengolah penerangan dalam bentuk cerita kehidupan, kehidupan dirinya dari seorang bujang hinggalah bergelar bapa. Macam mana dia boleh berkahwin dengan isterinya tanpa mengenali rupa parasnya membuatkan Adi rasa kagum. Cinta selepas kahwin, itulah dia. Tak mustahil untuk mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Tapi sangat sukar dilakukan masyarakat kini, tanpa pegangan agama yang kuat.

Satu ungkapan yang paling Adi suka dalam Aku Terima Nikahnya ni adalah ‘Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’. Sangat setuju, itulah yang kami amalkan waktu si dia belajar kat Queensland University of Technology, Australia. Berjumpa jarang sekali. Selalunya kami berjumpa kat rumahnya, bual-bual dengan mak ayahnya, adiknya, kadang-kadang kucingnya yang bernama Chindai. Adi tenang begitu. Rasa diredhai keluarganya.

Sejak Adi balik kampung sebulan lepas, Adi buat solat istiqarah berkenaan pemilihan sesuatu untuk masa depan. Lama Adi tunggu petunjuk tapi tak datang2. Bila si dia bagi Adi buku ni, Adi rasa inilah petunjukNya. Adi rasa Adi dah buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Adi bersama si dia nanti. Olahan santai Abu Saif dalam Aku Terima Nikahnya banyak berikan tunjuk ajar dan pengajaran. Alhamdulillah.

Elok sangatlah remaja baca buku ni. Buku ni mengajar kita perkahwinan itu bukan sekadar menghalalkan apa yang haram ketika ini. Ia lebih kepada tanggungjawab, persediaan menjadi suami isteri atau ibu ayah, dan lebih penting kehidupan kita seterusnya. Adi tak klasifikasikan Aku Terima Nikahnya sebagai sebuah buku agama. Ia lebih kepada buku motivasi Islamik. Kalau cakap buku agama, rasanya ramai yang tak nak baca. Takut nak baca sebab dia tau kesalahan yang dia buat. Jadi dia tak nak terima kebenaran atas kesalahan yang dia telah lakukan. Umat Islam kini memang begitu…

Pontianak dan Orang Minyak

Hooray!! Bebas!! Ingat lagu Bebas yang kumpulan…kumpulan apa ek? Kalau korang ingat korang nyanyilah sendiri. Adi tak ingat dah lagu tu..zaman kanak² ribena time tu hehe.

Pagi semalam tamatlah sudah paper paling last untuk final exam dalam tahun pengajian terakhir Adi kat UTHM ni. Lepas ni tak tau lagi nak sambung ke tak. Rest dulu, pastu keje. Dah puas keje, baru fikir nak sambung belajar. Perancangan tu ada, tapi jadualnya tak tau bila.

So what’s next? Siapkan tesis!! 11 pagi tadi baru hantar draf tesis kat penyelia. Sepatutnya hantar semalam, tapi terlewat sikit je sebelum dia balik. Isnin ni dia bagi balik sama ada dah ok ataupun kena betulkan lagi. Kalau dah ok, hari tu jugak Adi hantar untuk jilid. Esoknya dah boleh hantar kat fakulti. Seterusnya, dah boleh balik kampung ho ho yeah!!

Mesti korang tertanya² apa kaitan dengan dah habis belajar dengan tajuk pontianak dan orang minyak? Aha, ni nak habaq mai neh. Mungkin korang dah tau, mungkin jugak tidak. Dalam Harian Metro baru² ni (tak tau bila), kawan Adi, Wan namanya ada bagitau berita pasal orang jumpa pontianak tengah menangis kat Melaka. Betul ke tak berita tu, entahlah. Yang bestnya, Adi ada video pontianak (97) tu. Download je, free Adi bagi sempena hari merdeka untuk diri sendiri eheh. Tapi ada password. Saje ngada² nak letak password. Nak tau password? Kena baca lagilah.

Read the rest of this entry »

Protected: Hari Paling Lama

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Hantar Si Dia

9 pagi telefon bimbitku bergema lagu First Love nyanyian Utada Hikaru, panggilan daripada si dia. “Awak tidur ke tadi, lama call,”. Aku baru selesai mandi ketika itu. “Eh, tak. Baru siap mandi. Kat bus stop ke?”. Si dia baru sahaja sampai ke bus stop. Aku segera mengenakan pakaian. Sweater kusarungkan ke badan, sejuk betul walaupun sudah pukul 9 pagi. Mata pulak terasa lebam menahan mengantuk. Hati ini berperang dengan fikiran sama ada nak ke katil atau ke bus stop. Ternyata hati telah menang. Kemenangan hati didorongi rindu, rindu akan dirinya yang satu.

Sesampainya kat bus stop, kulihat dia duduk seorang diri di atas kerusi batu. Sungguh tenang jiwaku bila melihat dirinya. Si dia mengenakan jubah labuh hitam dengan tudung paras siku putih dan berseluar cokelat. Apa-apa yang dipakai selalu menambat mataku. Sejuk mata memandang melihatnya.

Aku melabuhkan punggungku di kerusi batu sebelahnya. Basnya mungkin akan sampai dalam pukul 10 pagi. Aku menemaninya selama sejam. Kami berbual untuk menghilangkan rasa bosan. Di depan kami ada sepasang kekasih berbangsa Cina sedang berbual mesra. Kuperhatikan mereka, berbeza dengan gaya bermesra segelintir bangsa Melayu, bangsaku sendiri yang terlebih mesranya. Walaupun agama mereka tidak membataskan sentuhan antara lelaki dan perempuan, tapi mereka kelihatan seperti beradab, seperti menghormati masyarakat sekeliling yang majoritinya adalah Melayu. Aku tahu, ramai bangsa Cina yang berpasangan selalunya berpelukan ataupun menggenggam mesra tangan pasangannya. Biarlah, agama mereka tidak melarang. Namun pasangan yang di depanku ini patut menjadi pengukur maruah bagi pasangan-pasangan seagama denganku yang terang lagi nyata haram bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Kadang-kala golongan ini lebih teruk daripada bangsa lain, melakukan perkara tidak senonoh tanpa menghiraukan orang sekeliling. Alhamdulillah, kami berdua tidak begitu. Janganlah iman kami diuji, selagi kami menjaga maruah diri.

Read the rest of this entry »