About

Blog ini tentang Adi. Ikut suka hati dan jantung Adilah nak citer apa-apa pun kat sini, yang pastinya tak bersangkut-paut dengan hal-hal komputer atau Internet. Pasal tu Adi infokan kat blog lagi satu. Sememangnya Adi sukakan komputer dan Internet. Tapi Adi juga ada minat yang lain. Jadi kat blog ni tempat Adi berkongsi dengan minat tu.

Sejarah blogging
Adi mula blogging sejak 4hb Julai 2005, menggunakan blog friendster. Adi tak ingat blog engine ape dia pakai, nak mudah n senang faham cakap blog friendsterlah eheh. Kat blog tu Adi share kisah-kisah hidup Adi. Adi rasa seronok nak share hal-hal yang berlaku sekeliling Adi kat situ, maybe sbb fungsi yang terhad n design yang simple jadikannya macam diari online. Tapi skang Adi tak aktif lagi dah kat situ, leceh nak login ke friendster dulu untuk update.

Kendian, Adi mula guna WordPress pada November 2006. Masa tu Adi cuma tumpang domain orang lain je, subdomain orang kata. Skang ni dah takde dah subdomain tu. Blog tu Adi namakan Amirez’s InfoGath..fokus kepada info-info berkaitan dengan komputer, Internet, automotif, tips, lagi ape ntah dah lupa. Si dia yang cadangkan nama tu, maka Adi pun gunalah sampai ke penamat waktunya. Time tu kira baru nak belajar guna WordPress. Masa tu jugak Adi belajar sikit-sikit coding untuk edit WordPress ni. Sikit-sikit jelah, takdelah sampai boleh buat theme sendiri. Seronok guna WordPress.

Bila dah takde blog, teringin nak buat blog balik. Adi nak melangkah setapak ke depan lagi, so Adi beli hosting n domain name sendiri. Tak mahal pun. Mampulah nak tanggung tiap-tiap tahun. Jadi, wujudlah amirez.com. http://amirez.com Adi jadikan sebagai front page untuk semua pautan blog atau website Adi. Kiranya macam pintu masuk eheh. So http://amirez.com/mystory jadi blog Adi. Asalnya nak buat blog peribadi macam blog friendster tu tapi termasuk jugak pasal komputer n Internet. Last2 Adi kekalkan ngan info tu. Tu yang tajuk dia Story of Mine. Ntah bila nak tukar. Takde idea lagi.

Lepas tu Adi beli lagi satu domain n hosting, http://rekablog.com. Yang ni untuk side income. Fikir banyak lagi space, Adi buat satu lagi blog tentang magic, http://magic.rekablog.com. Asalnya blog tu dihostkan kat blogspot. Disebabkan Adi kurang mahir guna blogspot, n xtau cara nak edit coding2 dia..Adi berpindah ke WordPress.

Then Adi beli lagi satu domain n hosting tapi kali bukan pada provider yang sama. Blog yang Adi maksudkan adalah http://tangkis.net. Blog tu Adi wujudkan atas sebab minat yang mendalam dengan badminton. Adi sendiri main badminton. Main bukan sekadar main, Adi ada misi dan visi. Alhamdulillah, ada yang dah tercapai, ada yang masih terkapai-kapai. Tapi blog tu Adi tak sempat nak uruskan sorang diri. Maklumat pasal sukan ni hari-hari ada. Adi perlukan sorang lagi untuk bantu Adi uruskan blog tu. Itupun kalau ada yang sudi. Tapi takde gajilah eheh. Sekadar untuk luahkan minat terhadap sukan ni.

Last sekali blog yang korang baca skang ni. Jadi subdomain kepada Adlina. Khas untuk hal-hal peribadi atau orang kata ape-ape je. Walaupun tajuknya melalut, mengarut, mengomel, mengomong…tapi Adi tak melalut tak tentu pasal. Setiap yang Adi luahkan atau lafazkan di hujung jari ni tetap ada makna di sebaliknya. Buat apa cakap benda yang kosong. Apa yang Adi rasa perlu untuk Adi kongsikan, Adi akan cerita kat sini.

So, singgah-singgahlah selalu ;)

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights to Johannesburg
Sardinia Dubai Flights