Interview Kerja

Petang tadi masa digunakan sebaik-baiknya untuk siapkan projek yang dah tertangguh dua minggu. Sambil2 tu belajar2 main gitar lagu Ayat-ayat Cinta dendangan Rossa yang comel eheh. Baru nak masuk intro, dapat satu SMS daripada sedara yang sekarang ni kerja sambilan kat Gombak macam ni:

“Ady,minat x kije bidang motivasi n latihan?kat consultan company.diorg tgh cari org skrg.Reply cepat”

Bidang motivasi memang dah lama Adi idam-idamkan sejak matriks lagi. Tapi peliknya tak pulak apply course tu kat IPT. Dengan segera Adi bagitau nak call dia tanya lebih lanjut. Dia bagi nombon telefon lain, tak bernama. Fikir tu nombor dia satu lagi, terus tekan dial. Tapi yang jawab orang laki. Terkedu kejap kot2 tersilap nombor. Orang dalam telefon tu tanya, “Adi ke?”. Sah nombor tu betul eheh. Maka bermulalah sesi soal jawab dengan Encik Azuhan yang peramah tu. Perbualan diakhiri dengan “naik bas Ahad malam, sampai sini Isnin pagi. Turun kat Greenwood. Call saya, nanti saya datang jemput.”

Lepas letak telefon lama tu baru terfikir. Nak sampai Gombak bukannya lama. Dalam pukul 4 atau 5 pagi dah sampai kalau bertolak malam. Takkan nak suruh dia datang ambik lepas Subuh. Tak awal sangat ke? Teringat member sorang kat Gombak. Call dia. Masa tu dia tengah keje kat menara ape ntah. Dia yang cakap ‘menara ape ntah’ haha. Bagitau Adi nak tumpang rumah dia satu malam. Dia kata ok tapi kena tunggu dia balik dari outstation kat Penang. Dalam pukul 11 malam baru sampai Gombak, hari Ahad.

Tempat tinggal dah ada. Tiket je belum cari. Tanya ejen kat kedai katanya takde. Dua syarikat bas dah tanya, takde. Risau gak ni. Terpaksa ke KB. Tanya tiket malam, bas tak lalu pulak kat Gombak. Tiket pagi je bas lalu. Malas fikir panjang, sapu jelah pagi pun dalam pukul 9. Maknanya sampai Gombak mungkin pukul 5 petang. Terpaksalah menapak mana2 nanti. Bukannya tau nak jalan2 kat sana. Naik Batu Caves orait jugak kalu eheh.

Tak terfikir langsung nak naik flight. Bukan ke lagi bergaya naik flight biarpun Air Asia. Kejap pun kejap. Pakai kemeja, seluar slack hitam yang ada bekas lipat dengan kasut kulit hitam berkilat yang boleh buat cermin. Sampai airpot, amik cab terus ke company tu. Cool, cool. Tapi tinggal angan2 je.

Doakan Adi berjaya dalam interview tu nanti k

Coretan Hari Ini #1

Senyuman Palsu Shabery

Dalam surat khabar Berita Harian ruangan Rencana Kaca mata Hishamuddin Aun bertajuk “Keterbukaan pilihan Shabery perjuang pendirian kerajaan” ada satu perenggan ditulis begini, “Menteri Penerangan itu, yang terkenal murah senyum – malah ketika berdebat pun turut tidak lekang dengan senyuman”. Haha. Dari kaca mata Adi pulak senyuman Shabery senyuman sindir. Ada jugak senyuman lagak. Tidak sebetul-betulnya senyum. Mungkin dia suka lagu Senyumlah daripada Raihan yang buatkan dia tidak lekang daripada ‘murah senyuman’ walaupun senyumannya itu tidaklah seikhlas mana.

Polis New Mexico Rungkai Misteri Perpandukan Drama CSI

Sebelah ruangan Kaca mata Hishamuddin Aun ada satu sisipan ringkas kat London tentang polis New Mexico yang dapat selesaikan misteri kematian kematian seorang lelaki bernama Thomas Hickman berpandukan drama bersiri jenayah popular, Crime Scene Investigation. CSI memang best dan tak rugi luangkan masa sejam untuk tengok.

Tempah Makanan Melalui Internet

Agak mustahil untuk jual masakan panas melalui Internet, tapi MangkukTingkat.com berjaya usahakannya. Layari MangkukTingkat.com, lihat menu, tempah, kemudian bayar secara online. Mangkuk tingkat berisi menu pilihan akan sampai untuk lunch dan dinner. Adi fikir ianya sangat bagus. Guna mangkuk tingkat lebih baik untuk kekal panas daripada polisterin yang tidak mesra alam.

Peluang Mengikuti INSEP

UTHM dah buka peluang untuk mengikuti Latihan Peningkatan Kemahiran Industri Khas untuk Siswazah (lepasan ijazah dan diploma). Teringin jugak nak join tapi takde satu pun kursus yang minat. Satu-satunya Kursus Teknologi Mikroelektronik yang Adi pernah belajar dulu yang ditawarkan dalam INSEP ni. Dapat A untuk subjek Mikroelektronik, tapi cuma A di atas kertas, pandainya tak haha. Cuma tau lukis CMOS je. Kalau terrer subjek ni peluang kerja sangat besar dalam industri mikroelektronik.

Pembetulan Gambar Gedik Nabila Huda

Terbaca dalam Berita Harian hari ni, gambar Nabila Huda yang dikatakan berkelakuan tidak sopan kat Mekah tu sebenarnya bukan kat Mekah, tapi Madinah. Baju putih yang dipakainya tu bukan baju ihram, tapi pakaian biasa yang tutup aurat. Adi pun nak minta maaf sebab salah info. Ni la akibatnya kalau tak selidik betul-betul. Maafkan Adi Nabila, jangan saman Adi huhu.

Humairah (dot) Net – Blog Baru

Dari pagi sampai ke petang Adi bersengkang mata dengan kod-kod php untuk redesign Mimbo Theme supaya sesuai dengan konsep blog baru yang dinamakan Humairah (dot) Net. Blog tu adalah blog si dia, buat migrasi dari blog asal. Isi dikekalkan, cuma konsep ditukar dalam bentuk e-majalah. Buat simple-simple je dulu masa ni. Nak tukar kepada betul-betul bentuk macam majalah rasanya setahun lagi kot eheh.

Hari ni penat sampai tertidur petang (tak suka tidur petang) kat sofa ruang tamu pukul 4 lebih tadi.

The Dynamic Tower Dubai

Tak cukup dengan Burj Al Arab Hotel, Palm Island, The World, Dubai buat pulak lagi satu projek mega yang boleh buat kita cakap “perrgghh..kagum²”. Projek yang dikatakan bangunan berputar pertama di dunia tu dijangka siap dalam tahun 2010. Bangunan itu dinamakan The Dynamic Tower dengan 80 tingkat setinggi 420 meter. Berkonsepkan bawah pejabat dan atas kediaman mewah The Dynamic Tower ni akan jadi simbol baru kepada Dubai yang pesat membangun sekarang ni.

Setiap tingkat Dynamic Tower ni akan berputar dengan kelajuan yang berbeza secara perlahan. Bangunan ni jugak menggunakan teknologi pengesan suara yang boleh mengesan arahan kiri atau kanan untuk setiap tingkat berputar. Ianya pasti dapat berikan suasana panorama waktu bersantai di apartment mewah. Klik sini untuk tengok video animasi The Dynamic Tower of Dubai.


Katakan penyewa baru balik keje, tak payah susah payah parking kete kat bawah kemudian naik lif. Naik je lif tu dengan kete sekali sebab Dynamic Tower ni dilengkapi dengan car elevator. Lagi sekali..perrgghhh. Kalaulah Adi mempunyai berbillion² gelen minyak petrol dengan diesel, nak jugak tempah satu eheh.

Kata Mohammed bin Rashid al Maktoum, PM UAE, walaupun negaranya kaya hasil daripada minyak, tapi minyak akan habis. Jadi untuk tingkatkan ekonomi UAE, Dubai khususnya, projek² mewah harus dibangunkan untuk dapatkan pelabur² asing. Perancangan yang bagus dan berani. Bangga dengan negara Islam yang satu ni :)

Sumber : Malaysia City

Nabila Huda Gedik di Tanah Suci Mekah

Nabila Huda Gedik di Bumi Mekah

Hai, macam ni pun ada. Anak penyanyi rock terkenal Amy Search ni memang tak boleh lari daripada sikap sosial dia. Kat Tanah Suci Mekah pun nak gedik² jugak. Bawak² bertaubat, insaf la cik adik oii. Tanah Suci tu, bukak pub. Terloncat² macam tu dah mengurangkan keperempuanannya. Amy Search skang dah mendekatkan diri kepada Allah swt. Mama tirinya pulak dah pakai tudung (kalau tak silap). Tapi Nabila…?!!

Adi teringat rancangan 1,2..Jus yang dihandle oleh Nabila dengan Cat Farish. Dah lama dah, bulan lepas rasanya. Masa tu Jehan Miskin yang join. Kalau korang pernah tengok mesti korang tau game pertama kalau tak silap yang jawab soalan tu. Sape kalah kena tembak dengan pistol air. Masa tu Jehan Miskin yang jawab soalan tapi salah. Pastu dua orang artis lagi tembak dia dengan pistol air. Jehan tahan dengan payung tapi kena jugak tembak. Nabila kata apa? Dia kata “Jehan ni tau memancut je.” Haha. Istilah tu selalu digunakan oleh orang tertentu yang paham keadaan tertentu. Maknanya Nabila ni mungkin..mungkin la..tergolong dalam ‘orang tertentu’ tu. Kalau korang tak paham apa yang Adi cakap ni, maknanya korang bukan dalam ‘orang tertentu’ itu eheh. Adi pun bukan, tapi ada kawan yang macam tu.

Bukan nak mengutuk. Bukan nak mengata. Cuma beri peringatan. Nabila, jangan saman Adi huhu. Adi takde duit :(

Yahoo! Messenger - Berjaya

Yahoo! Messenger successfulAkhirnya berjaya jugak install Yahoo! Messenger pagi tadi. Dah tiga hari try tapi selalu tak sempat complete. Lecehnya Yahoo! Messenger ni nak install mesti kena ada Internet. Kenapa la diorang tak bagi je full version punya setup? Menyusahkan orang je. Dah la Internet kat rumah Adi ni tersedu², selalu sangat putus. Bila putus, tak dapat nak sambung installation. Siot je.

Semalam guna pidgin yang tak best tu. Boleh la buat chat sementara. Guna meebo pun tak best, asyik disconnect je tanpa sebab. Yahoo! Messenger jugak dekat di hati :D

Teringat masa kecik² dulu chatting guna mIRC. Korang pernah guna mIRC tak?